Pages

23.12.12

Wedding Shah & Iyda | Teluk Panglima Garang

Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai yang sedondon berbaju biru gelap. Amboi sama cantik sama segak gitu. Boleh kitaorang sesat time nak datang kenduri diaorang nie.. tulah percaya sangat "google maps" sekali hampeh dia bagi salah direction. 
Terpaksalah berhenti tepi jalan tanya orang sekitar, mujur ada yang tahu... bila dah masuk arah yang betul baru nampak tanda arah yang diletakkan tuan rumah.. ...ke kanan... jalan jumpa lagi  ke kiri... terus dan jumpa rumahnya...macam  main "treasure hunt"  lak bila jumpa 3-4 kali tanda arah jalan.












Miss nak tengok kemeriahan pengantin berarak..... habis dah sesat. Tapi tak pe janji dapat bergambar dengan pengantin dekat pelamin. Sempat jumpa "minah rempit girls"......miss them so much!! lama giler tak jumpa /chit chat. Pergi memana sempoi naik motor perghhh salute dengan kecekalan awek-awek motor nie.. Nyampah tengok condition jalan raya sekarang banyak berlubang / berlopak , bahaya kat pengguna jalanraya terutamanya "penunggang motosikal"...


Buat Shah & Iyda, semoga berbahagia sehingga akhir hayat. Untung depa nie balik raya tak yah gadoh-gadoh, tak yah rebut-rebut almaklumlah jiran sekampung... Pusing-pusing pun situ juga :) hehehe..




No comments:

Post a Comment

My HeartBeat