Orang kat office dah boleh dikira dengan jari... berapa kerat sahaja yang ada nie... ramai yang mula cuti semalam, ada yang dah sampai kampung dah pun. Aku, ermm masih menepek lagi kat office nie ha, esok baru start cuti..yehaaa!! Tapi bukan terus balik kampung, tahun nie raya kat KL raya kedua baru balik ke kampung, yelah atuk nenek pun dah takder.... ziarah sedara mara dan jiran tetangga kat sana je lah nanti.
Mood nak keje sebenarnya dah ke laut dalam nie... biasalah mood raya dah masuk..lagipun tak sabar nak soping raya nie.. baju raya tak carik lagi..kasihan kasihan .... misi esok pagi nak redah Jalan TAR, tak larat la nak redah kesesakan kalu pergi lewat. doakan kejayaan aku mencari baju kurung raya :).