Pages

9.9.10

SMS Raya

Tahun ni banyak pula dapat kiriman sms raya, yelah mudah dan pantas kan.

nak hantar pun tak yah tunggu berhari-hari,

Dalam banyak banyak sms tu ada yang menarik perhatian, nak share sikit kat korang


"Biar kulit segalap ALMOND LONDON,

asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT

biar iman sekental DODOL

jangan senipis tempeyek

biar jiwa sehalus BAHULU

asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA

Senyumlah semanis WAJIK

Agar raya anda penuh bermakna

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin



Kambing Ranggi naik LRT

Katak pisang tercekik tulang

walau sms saja yang diberi

itu tandanya ingatan tak hilang

salam lebaran maaf zahir dan batin



Jauh terdengar takbir bergema

memuji muji nama ilahi

terasa sayu dihati

kenikmatan yang diberi haruslah disyukuri

semoga kehadiran aidilfiti akan lebih bererti

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Dalam gurau ada terkata

dalam bicara terkasar bahasa

dalam tindakan terguris rasa

dalam hidup tak lepas dosa

maaf dipinta kepada semua

selamat hari raya

Maaf zahir dan batin





Terima kasih me ucapkan kat rakan rakan dan sahabat handai yang send ucapan hari raya,

sebagai tanda ingatan kat me ini. Me pun nak ambil kesempatan nak ucapkan selamat hari raya

maaf zahir dan batin kepada semua rakan taulan dimana jua korang berada. Tak lupa juga

kepada rakan blogger ku sekalian!! Selamat Berhari Raya :)







No comments:

Post a Comment

My HeartBeat