Pages

27.10.10

Mengupdate listing guest

Bzzz.. nak cerita pasal invitation laks.. erm tempahan card kawin dah buat dekat PKNS Shah Alam last week.. lagi sebulan nak kawin baru terhegeh-hegeh nak wat card... vendor boleh siapkan by next week so still ada masa nak edar kad-kad kat semua kenalan yang ada...sempat lagi!! sementara nak tunggu kedatangan card - card tu siap dengan cergasnya contact semua kenalan lama telah ku terjah untuk mendapatkan contact mereka. Thanks friends for the superb respon..i like ♥♥♥
Bercerita mengenai listing guest nie penting yang amat sebab dari situlah boleh anggar berapa jemputan yang korang nak jemput... senanglah nak set budget nak plan bab-bab makanan nanti... kalu terlebih sikit boleh buat berkat untuk jiran tetangga or saudara mara yang datang tapi kalu terkurang poning makcik nak menjawab ....lagi satu boleh elakkan masalah nama tetamu tercicir, haru ko nanti bila ada yang masam muka tak dijemput...



21.10.10

Ujian Saringan HIV

Lega betul, ingat kan payah benar ambik ujian saringan HIV nie....macam macam kisah aku baca dan dengar sampai naik scary... Sekali bila dah lepas, alhamdullilah perjalanan kami dipermudahkan Allah. Aku dan encik tunang baru ambik test HIV hari ni, mula mula plan nak ke kilinik kesihatan seri kembangan sebab dekat dengan opis kitaorang, then pagi tadi call klinik nak check timing ujian HIV tu nanti. Alamak sekali kena buat appoinment dulu la..tak boleh men redah jer.. Rileks rileks aku try call klinik kesihatan kat shah alam ,pulak pun sama kena buat appointment.. ish tak boleh jadi ni.. call pulak klinik kesihatan puchong, boleh men datang jer tapi aiseyman hari khamis ujian HIV buat time pagi je.. cuma isnin sampai rabu sahaja ada 2 sessi pagi dan petang... Tak boleh give up lagi nie.. maleh aku nak dtg banyak kali ke klinik.

Alternatif terakhir telefon klinik kesihatan bandar baru bangi, lapang dada bila diberitahu boleh jer walk-in. Tak payah appointment nie.. Maka cuti separuh hari terpaksa dikorbankan untuk tujuan itu. Sampai sana kaunter tak buka lagi, orang pun tak de la ramai mana pun. Pukul 2 bila staff klinik buka kaunter mencicit semua beratur. Aku orang ke 4 tu, encik tunang ke 6, yang no 5 ada sorang pompuan nie, no 7 tunang budak pompuan tu.. lawak pulak masing masing nak cepat leh terselang-seli..


Lepas daftar, isi borang, bayar RM1 then hantar borang tersebut ke luar bilik ujian HIV ni dibuat dan tunggu no giliran dipanggil. Tak sampai 5 minit dah panggil masuk, Medical Assistant yang ambik darah dalam bilik tu sangat friendly, sempat sembang dengan semua yang masuk... Aduh,, ingat tak sakit ambik darah rupanya boleh tahan sakit.. huhuhu. rasa kebas lambat betul nak hilang.. Mula- mula ingat kena tunggu lama lagi rupanya results dapat time tu jugak.. hantar balik borang ke kaunter, dapatkan salinan kuning itu untuk diattach kat borang permohonan kahwin nanti dah boleh balikkk.. serius tak sampai setengah jam dah settle.. ..untuk bakal bakal pengantin sekitar selangor yang nak tahu klinik kesihatan yang korang boleh datang untuk ujian HIV boleh check di SINI. Pastikan telefon dulu ye, dapatkan info dan waktu mereka supaya tak memeningkan kepala korang nanti ..



17.10.10

Majlis Kahwin Syira

Nampaknya lagi seorang rakan sekolah aku naik pelamin hari ini. Majlisnya berlangsung di Dewan Banquet UPM, Serdang. Really excited jugak nak pergi wedding member aku nie sebab aku tahu mesti akan bertemu punya dengan rakan-rakan sekolah dulu..

Aku datang agak lewat hampir pukul 3 petang, orang pun dah beransur kurang. Masuk dewan mata melilau mencari kenalan di dalam. Jeng jeng nampak sekelompok wanita sedang berborak riuh, terus mencelah ha menjerit masing-masing , serius happy gila jumpa diaorang.. memasing lama tak jumpa....setakat berfacebook ajelah dik non... pot pet sekejap then terus ke acara wajib mestilah photo session..


kitaorang semua nie rakan sekelas masa tingkatan 4 dan 5.. teka siapa yang dah kahwin di dalam gambar nie. 4 wanita di belah kiri semua dah bergelar ibu tapi still mantop... kami belah kanan nie aje dalam perjalanan ke medan perkahwinan.. insyaAllah!




Inilah wajah pengantin baru. Syahira Gani..Sangat Happy go lucky orangnya, kalu ketawa dari jauh dah boleh dengar. sangat kuat... tak pasal kena tegur pasal sebab pengantin terover excited tatkala kitaorang naik nak bergambar beramai-ramai.. memang best sangat bila majlis kahwin jadi reunion kawan kawan lama kan :)



4.10.10

Sessi Beramah Mesra Dengan Vendor

Ada appointment dengan butik yang aku nak ambil untuk majlis kahwin nanti. Sebab beliau terlalu busy dihujung minggu maka aku terpaksa terjah rumah beliau pada waktu malam selepas waktu kerja. Kami sampai dirumah yang menjadi pusat operasi Butik Zielynn dikala jam menunjukkan pukul 9malam.



Sessi perbincangan bermula dengan Kak Zie menunjukan profile pelamin-pelamin yang dibuat oleh team Zielynn. Adalah brainstorming sedikit pasal tema colour, jenis pelamin, lokasi. Bincang-bincang sampai tekak kering then minum laici dulu.. sambung balik bincang. Even Kak zie bagi 3 hari untuk pikir aku terus jer book date dengan bayar deposit dulu sebab aku suka dengan cara dia communicate dengan customer and of course hasil kerja team dia yang bagus berdasarkan profile yang aku lihat. Yang bagusnya kak zie nie kalau tak jadi ambik deposit dia akan pulangkan. Tak hangus la deposit tu.


Ini antara hasil keje Team Kak Zie. Nice kan!!
(credit to Butik Zie)





2.10.10

Program Hujung Minggu

Program pertama di hari sabtu adalah memenuhi walimatul urus dari opismate yang melangsungkan perkahwinannya di Pandan Lake Club. Disebabkan map tak berapa nak lengkap maka aku dan encik tunang tersesat..huhuh. Kami memang tak expert jalan KL even dok KL dah lama. Maka kenalah bertanyakan orang arah yang betul, terima kasih kepada pakcik teksi yang membantu.



Dah jumpa pun tempatnya, agak luck jugak dapat park kat dalam kawasan club, parking kat dalam banyak cuma dah direserved untuk member club, jadi kalau dah penuh sila parking luar ye





Pelamin je dapat aku snap sebab time pengantin bersanding aku sibuk memenuhkan perut, sudah lapar. cantikkan pelamin nya. Lepas itu ada selingan slide show gambar pengantin masa bujang sampailah berkahwin yang dibuat oleh adik pengantin wah aku suka jugak, kreatif lah.





Ada iringan muzik gamelan lagi.. memang meriahla! senyumlah sikit serius betul la depa nie. Memang berbakat la diaorang nie.





Pengantin sedang santap.. cewah raja sehari berpakaian ala jawa. tengok ceria sungguh si pengantin, si pengantin lelaki tu lah rakan sepejabat aku. Tahniah beb, selamat melayari bahtera rumahtangga!! semoga kekal ke akhir hayat :)






Program seterusnya nun ke puchong pulak, ada jemputan open house. nie memang special punya sebab dia adalah ex opismate aku. Kiranya senior aku la dulu, kitaorang memang rapatlah masa tu... hebat orang nya sebab dia satu-satunya designer tooling wanita dekat sana. the only one ok yang lain semua lelaki... kesayangan bos nie. hehehe! Lama gila kitaorang tak jumpa dekat 6 tahun la juga lepas aku resign dari tempat lama.