Pages

2.10.10

Program Hujung Minggu

Program pertama di hari sabtu adalah memenuhi walimatul urus dari opismate yang melangsungkan perkahwinannya di Pandan Lake Club. Disebabkan map tak berapa nak lengkap maka aku dan encik tunang tersesat..huhuh. Kami memang tak expert jalan KL even dok KL dah lama. Maka kenalah bertanyakan orang arah yang betul, terima kasih kepada pakcik teksi yang membantu.



Dah jumpa pun tempatnya, agak luck jugak dapat park kat dalam kawasan club, parking kat dalam banyak cuma dah direserved untuk member club, jadi kalau dah penuh sila parking luar ye





Pelamin je dapat aku snap sebab time pengantin bersanding aku sibuk memenuhkan perut, sudah lapar. cantikkan pelamin nya. Lepas itu ada selingan slide show gambar pengantin masa bujang sampailah berkahwin yang dibuat oleh adik pengantin wah aku suka jugak, kreatif lah.





Ada iringan muzik gamelan lagi.. memang meriahla! senyumlah sikit serius betul la depa nie. Memang berbakat la diaorang nie.





Pengantin sedang santap.. cewah raja sehari berpakaian ala jawa. tengok ceria sungguh si pengantin, si pengantin lelaki tu lah rakan sepejabat aku. Tahniah beb, selamat melayari bahtera rumahtangga!! semoga kekal ke akhir hayat :)






Program seterusnya nun ke puchong pulak, ada jemputan open house. nie memang special punya sebab dia adalah ex opismate aku. Kiranya senior aku la dulu, kitaorang memang rapatlah masa tu... hebat orang nya sebab dia satu-satunya designer tooling wanita dekat sana. the only one ok yang lain semua lelaki... kesayangan bos nie. hehehe! Lama gila kitaorang tak jumpa dekat 6 tahun la juga lepas aku resign dari tempat lama.