Ada appointment dengan butik yang aku nak ambil untuk majlis kahwin nanti. Sebab beliau terlalu busy dihujung minggu maka aku terpaksa terjah rumah beliau pada waktu malam selepas waktu kerja. Kami sampai dirumah yang menjadi pusat operasi Butik Zielynn dikala jam menunjukkan pukul 9malam.
Sessi perbincangan bermula dengan Kak Zie menunjukan profile pelamin-pelamin yang dibuat oleh team Zielynn. Adalah brainstorming sedikit pasal tema colour, jenis pelamin, lokasi. Bincang-bincang sampai tekak kering then minum laici dulu.. sambung balik bincang. Even Kak zie bagi 3 hari untuk pikir aku terus jer book date dengan bayar deposit dulu sebab aku suka dengan cara dia communicate dengan customer and of course hasil kerja team dia yang bagus berdasarkan profile yang aku lihat. Yang bagusnya kak zie nie kalau tak jadi ambik deposit dia akan pulangkan. Tak hangus la deposit tu.