Pages

21.10.10

Ujian Saringan HIV

Lega betul, ingat kan payah benar ambik ujian saringan HIV nie....macam macam kisah aku baca dan dengar sampai naik scary... Sekali bila dah lepas, alhamdullilah perjalanan kami dipermudahkan Allah. Aku dan encik tunang baru ambik test HIV hari ni, mula mula plan nak ke kilinik kesihatan seri kembangan sebab dekat dengan opis kitaorang, then pagi tadi call klinik nak check timing ujian HIV tu nanti. Alamak sekali kena buat appoinment dulu la..tak boleh men redah jer.. Rileks rileks aku try call klinik kesihatan kat shah alam ,pulak pun sama kena buat appointment.. ish tak boleh jadi ni.. call pulak klinik kesihatan puchong, boleh men datang jer tapi aiseyman hari khamis ujian HIV buat time pagi je.. cuma isnin sampai rabu sahaja ada 2 sessi pagi dan petang... Tak boleh give up lagi nie.. maleh aku nak dtg banyak kali ke klinik.

Alternatif terakhir telefon klinik kesihatan bandar baru bangi, lapang dada bila diberitahu boleh jer walk-in. Tak payah appointment nie.. Maka cuti separuh hari terpaksa dikorbankan untuk tujuan itu. Sampai sana kaunter tak buka lagi, orang pun tak de la ramai mana pun. Pukul 2 bila staff klinik buka kaunter mencicit semua beratur. Aku orang ke 4 tu, encik tunang ke 6, yang no 5 ada sorang pompuan nie, no 7 tunang budak pompuan tu.. lawak pulak masing masing nak cepat leh terselang-seli..


Lepas daftar, isi borang, bayar RM1 then hantar borang tersebut ke luar bilik ujian HIV ni dibuat dan tunggu no giliran dipanggil. Tak sampai 5 minit dah panggil masuk, Medical Assistant yang ambik darah dalam bilik tu sangat friendly, sempat sembang dengan semua yang masuk... Aduh,, ingat tak sakit ambik darah rupanya boleh tahan sakit.. huhuhu. rasa kebas lambat betul nak hilang.. Mula- mula ingat kena tunggu lama lagi rupanya results dapat time tu jugak.. hantar balik borang ke kaunter, dapatkan salinan kuning itu untuk diattach kat borang permohonan kahwin nanti dah boleh balikkk.. serius tak sampai setengah jam dah settle.. ..untuk bakal bakal pengantin sekitar selangor yang nak tahu klinik kesihatan yang korang boleh datang untuk ujian HIV boleh check di SINI. Pastikan telefon dulu ye, dapatkan info dan waktu mereka supaya tak memeningkan kepala korang nanti ..