Pages

24.11.12

Pengalaman Menyopping di Pureen Warehouse Sales 2012

Punyalah gigih nak membeli barang untuk anakanda tercinta dalam perut nie pukul 8.30 pagi dah sampai di  Pureen Warehouse PJ. Walaupun masih awal tapi orang ramai dah memenuhi pintu gate uisshhh pukul berapa diaorang sampai nie?? Kereta penuh kiri dan kanan jalan. Pandai-pandailah kau cari parking kalu lambat.
 


Kitaorang parking bersebelahan bangunan Pureen... bangunan One Academy kalau tak silap. Tak kisahlah keluar duit sikit janji tak kena menapak jauh dengan mengheret barang yang penuh ditangan... Sejam = RM2 oklah tu kan.


Lapar!. Pakcik breakfast dulu no





Menunggu pintu keramat di buka dalam hujan renyai-renyai dengan penuh kesabaran . Kesian parents yang bawak baby/budak-budak kecil.


Tepat 9.30 pagi baru pintu gate dibuka... waduhhh tak sangka hampir sejam me dan manusia-manusia yang lain gigih berdiri menanti,, terror tak kitaorang??? Bak kata orang semangat mengatasi segala-galanya...cewahh!! apalagi masing-masing grab beg biru meluru ke bahagian yang nak diaim..

Kebanyakannya melangkah pantas ke bahagian belakang bangunan sebab nak rebut baju-baju baby/kanak-kanak dalam harga yang MURAH.....serendah RM3, RM6......buntang mata tengok!!. pehhh time nie lah nak tengok gelagat-gelagat orang.. kalau tak pandai nak menyelit celah-celah orang ramai ermm surrender la jawabnya. Takut gak tengok cara diaorang mengaut baju-baju. Asal staff Pureen tambah stok pantas depa kaut masuk beg padahal sama pattern/colours je pun ayooohh habis kitaorng yang belakang nie terpaksa lah telan air liur dulu..

Seb baik dah susun strategi awal-awal yelah before pergi dah baca review bloggers yang pernah datang ke sini..sempat gak bertanya dengan officemate... so me soh suami dan sepupu ambil baju yang mana depa berkenan dulu...kita sorting kendian macam yang orang lain buat.. ehhh tak larat nak mengharung lautan manusia dengan perut memboyot nie.. asik berlaga perut tak rela you..hehehe..me tunggu kat tepi jer lagipun tak aim pun nak beli baju baby banyak.




Meriah uols..sendat cam sardin dah keadaanya.


Lepas tu baru kitaorang ke bahagian depan untuk cari baby stuffs yang lain. Kat sini suasana sedikit tenang sebab orang tak seramai di bahagian baju. Bolehlah nak cari diapers, bottles, toiletteris etc.




Siap listing you hehehe...senang dah tau ape barang nak beli dan importantly tak OVER BUDGET.


Urusan settle pukul 11 pagi. Lancar sebab they'ols sediakan banyak kaunter di bahagian depan dan belakang. Petugas RELA me tengok superb mengawal crowd yang datang.



Inilah pembelian barang untuk hari nie.. Total dibelanjakan RM 485.00. Fuhhh lega within our budget lagi..





No comments:

Post a Comment

My HeartBeat