Pages

29.11.12

Scanning Baby 3D/4D


Pada mulanya tak berhajat langsung nak scan baby guna teknologi 3D/4D sebab setiap bulan dah sah-sah Dr akan scan perut time checkup. Bila baca review mummies yang pernah melalui scanning 3D/4D nampak menarik la pulak apalagi terus berminat nak buat.

Terus me booking slot by ONLINE dekat Poliklinik An-Nisa Seri Kembangan sebab biasa dengan area sini...Nak pergi dekat Shah Alam or Ampang pun boleh dan notification/confirmation akan di send melalui email. Masa kitaorang sampai, dua couples sedang menunggu giliran, adalah 20-30 minutes untuk setiap scanning bergantung kepada kerjasama baby nak tunjuk muka ke tidak hehhee.

Baby dok cover muka dia dengan tangan, mula-mula tutup hidung lepas tu pegang dahi pulak aiyakkk pikir masalah negara ke nak..... terpaksalah Miss Jezzlyn Pakar Sonographer pujuk dia beberapa kali untuk alihkan tangan. Kalau tak mana nak nampak muka comel dia kan. Me ngan husband pun apalagi join sesama kacau baby.... seronok tengok response dia :)


Hidung baby mancung , pipi bam bam...ikut muka daddy ke mummy nie?






 




Tudia baby dah buka mulut.. kesian ye kena kacau...


Macam ada satu couple nie babynya malu-malu kucing nak tunjuk muka terpaksa diaorang keluar masuk bilik scanning 3 kali... ha masak-masak!! Bayaran untuk gambar dan CD hanya RM100, consider berpatutan la kan.






No comments:

Post a Comment

My HeartBeat