Pages

25.4.13

Pureen Clearance Sales April 2013



Last weekend sempat curi masa ke Pureen Clearance Sales, pergi pun hari ahad. Dah last day. Sampai dalam pukul 10 pagi, ramai dah berangkat pulang dengan barangan belian memasing. Me dengan husband terus ke area pakaian, saja nak tengok kalau ada yang menarik. Suasana tenang sangat. Sopan-santun memasing pilih baju.

Kalau pergi sabtu jangan harap dapat belek membelek satu persatu cam gini. Baru nak ambil dah kena terkam dek orang. Nak mencelah pun susah tau. Ada member husband siap sms "bang, aku rasa macam nak mati ramai gila orang...ada yang pengsan". Mak aiii dasat betul penangan sales kali nie...
 


Lengang laluan jalan nie.. nak usha barang lain.



Huh, baju yang tinggal semua yang tak lawa punya pattern. Tersekat sikit nafsu menyoping hehehee. nielah hasilnya, tak banyak pun..diapers, liquid detergent, pad, breast pad, baju 2 helai .. semuanya dalam RM128.






No comments:

Post a Comment

My HeartBeat