Pages

27.11.13

Nyamuk Aedes

Gara2 demam denggi sorang officemate me kena tahan kat hospital. Platlet dia drop below 100, paras bahaya jugak tu. Bila ada kes gini teringat pengalaman sendiri. Masa tu sekitar tahun 2004 zaman remaja2 gitu, Mula2 ingat demam biasa jer., buat rileks la tapi dua tiga hari demam tak kebah2, tambah lagi asyik muntah2...selera makan out.. terus pi klinik nak check, sekali hambik kau doktor suspects denggi , terus refer PPUM untuk pemeriksaan lanjut. Nasib mak abah yang teman pergi sana. Kalau sensorang alamat tak sampai la kot.. orang sakit katakan..;)

nyamuk jahat! nyamuk jahat! nyamuk jahat!
Punyalah siap2 packing baju takut2 kena tahan wad. Berdebar2 jantung nie. Lepas blood test.. nurse masukkan 2 botol air dalam badan dah boleh balik hoooreyy lega. Tapi esok kena datang balik untuk blood test, platet kena monitor tak boleh drop. Bayangkan dengan sendi2 satu badan sakit.. lenguh lagi.. nak berdiri berjalan tu aduh seksa sangat. Gigil kaki weyy. terasa seperti dimamah usia gitu huhuuh.
Walaupun makan masa nak sembuh tapi progress berjalan lancar. Teori minum air 100 plus memang boleh digunapakai cuma seeloknya buang dulu gas dia. Kembung perut eh sebab kena minum air banyak2 untuk elakkan dehydration. Mendapatlah kesan lebam kat pelipat kiri kanan lengan kesan cucukan semasa nurse ambil darah. Ibarat mimpi ngeri tapi bersyukur sangat2 sebab sembuh balik. alhamdullilah.