Pages

12.12.14

Layu

Kesian me tengok rupa pokok tak cukup zat tu, dah duduk kat celah ceruk rantau tanpa panahan cahaya matahari manalah pertumbuhan tak terbantut...kusam dan muram warna daun dia. Curahlah air berbaldi pun macam tu jugak dia.
Sakit mata tengok pokok2 layu gini dahlah port dia betul2 kat pintu masuk.. Nasib ringan baik alih sendiri tempat yang cerah masa depan.

Mula2 tak yakin pokok nie boleh hidup, tengok luaran pun tau. Tapi positif mesti ada...bagi masa skit.
Sesekali me siram air.. jangan suruh lebih2 ishh tak kuasa okey.. haha.. uiii tak lama lepas tu.. tunas2 dia mula naik. Tinggal satu pasu jer.. lagi sebelah bye2 selamat jalan..mati tak leh buat apa dah.


Tak sia2 perpindahan lokasi.. tup2 yang lain bercambah...macam manusia nak berubah jadi terbaik perlu ada unsur2 yang positif dan sokongan moral yang baik dari sekeliling..


1 comment:

  1. wow segar terus...siap ade baby lagi pokok tu....nanti saye masuk opis saye nak rosakkan pokok tu....haha dengki

    ReplyDelete

My HeartBeat