Pages

30.12.14

Sukarelawan Banjir Diperlukan

Alhamdullilah..begitu tinggi keprihatinan rakyat Malaysia, tatkala membantu saudara2 yang mengalami musibah banjir di beberapa buah negeri ketika ini. Masing2 tidak lokek mengembleng masa, tenaga dan wang ringgit bagi mengurangkan beban mereka di sana...

Sangat2 terharu pabila sekalian rakyat2 malaysia berganding bahu tanpa mengira kaum mahupun agama dan politik. Semalam me pergi Mydin, uii bayangkan masing2 sibuk memborong barang keperluan untuk diedarkan kepada mangsa2 banjir.. Bertroli-troli okey sampaikan setengah rak kat situ kosong....habis stok! Alhamdullilah me pun sempat beli setakat mana yang termampu untuk disumbangkan nanti. 
Semoga saudara2 kita di Pantai Timur dan negeri2 yang terlibat tabah dan sabar. menghadapi dugaan nie. Moga Allah melindungi mereka dan kita semua rakyat Malaysia.. Amin.