Pages

1.4.10

Tahukah Anda..

1) Tahukah Anda sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.


2) Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


3)
Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgitpangkat, kedudukan dan harta dunia ialah orang utan.


4)
Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


5) Tahukah Anda bahawa buaya darat tidak mempunyai ekor tapi kemunculannya membuatkan mangsa menjadi lemah.


6) Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor
sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


7) Tahukah Anda apabila seseorang bersin dengan mengambil segala tenaga dari liang dada lalu ke hidungnya dan kemudian menghembuskan bersin itu sekuat hatinya, orang yang bersin itu akan berasa lega dan puas manakala orang dikelilingnya pula tak puas hati.


8) Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


9) Tahukah Anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


10) Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.