Lihatla dunia, cantikkan kebaya hitam yang disarungkan ke badan penyanyi ini. Penuh dengan "Berlian dan Permata" bertaburan di badan kecil moleknya itu. Kalau nak tahu ini bukan calang-calang kebaya, inilah kebaya yang termahal didunia tau. Tahniah kepada Sheila Majid kerana namanya bakal terpahat di Guinness Book of World Records kerana terpilih memakai baju termahal ini..wah memang mencipta rekod tersendiri dalam sejarah karier seninya. Pakaian ini direka oleh Putra Aziz daripada Butik Cosry yang mengambil masa selama dua bulan. Disebabkan kehadiran permata dan berlian import lagi dari Geneva maka kawalan ketat polis diperlukan semasa persiapan baju ini dan semasa Sheila majid mengayakan baju ini pada A Charity Tribute To Malaysian Women anjuran Cosry Wise (M) Sdn Bhd, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur lepas. Harga sebenar baju masih dirahsiakan tapi dianggarkan dalam 2 juta..memang mahal ya ampun.