Abraj Al Bait Tower atau Mecca Royal Clock Hotel Tower yang terletak di Makkah, Arab Saudi masih lagi dalam pembinaan. Menelan belanja hampir USD$3 billion mengandungi 3,ooo bilik dan suites dijangka dirasmikan pada June 2010. Fasa pertama hotel ini akan dibuka pada penghujung Jun depan, sementara jamnya akan mula beroperasi pada hujung Julai menjelang bulan Ramadan, yang dijangka pada 10 Ogos depan. Menara Jam Diraja Makkah diperbuat dengan 662 meter struktur konkrit dan puncaknya berukuran 115 meter, yang mempunyai bentuk bulan sabit di atasnya.
Pencapaian Hotel ini adalah :-
- Hotel TERTINGGI di Dunia dengan ketinggian 777 meter- Bangunan KEDUA TERTINGGI di Dunia - sedikit ketinggalan dari Burj Khalifa di Dubai yang setinggi 828 meter. Berjaya mengatasi ketinggian bangunan kedua tertinggi dunia, Taipei 101 di Taiwan yang berukuran 508 meter.
- Jam TERBESAR di Dunia - Buatan Jerman berukuran 45 meter lebar dan 43 meter tinggi pada semua empat belah menara, 6 kali ganda lebih besar mengatasi Big Ben di London