Pages

8.4.10

Rabbit is our PET

Welcome to our new family..Ms and Mr Rabbit. Alkisahnya my sis kecik (adik bongsu) dah beli dua rabbit yang sangat comel dan masih dalam kategori kanak-kanak ribena tiga hari yang lepas. Buat masa ini sebab mereka tiada lagi nama so i called them Ms White and Mr Brown. Mr brown ini sangat aktif berlari-lari kesana kesini dan dia juga begitu manja dengan sesapa sahaja dan mr brown juga sangat suka duduk diriba my mum sambil dibelai manja di kepalanya. Ms White ini sedikit pemalu dan kurang aktif berbanding Mr Brown. Mr white ini penakut sikit bila nak belai-belai kepala dia mesti takut-takut.
Rabbit-rabbit ini mempunyai rumahnya sendiri dan pintu gate nya tidak akan ditutup kerana rabbit ini akan dibiarkan aktif bergerak dikawasan sekitarnya..jangan riso mereka tak berak merata kena cikgu displin dah ajar cara-cara membuang hajat di tempat yang sepatutnya.. tapi pagi tadi Mr Brown tetiba-tiba didapati hilang dari rumahnya itu.. puas my mum cari di pelusuk rumah dan ditempat kegemaran dia dibawah almari tapi nan ado.. mana sudah si Brown ni pergi!!Riso jugak keselamatannya entah kan dilanggar keta...dimakan kucing atau pun dicuri orang..
Oleh sebab my mum, i and sorang lagi adik pergi shopping. my sis kecik ini cari dulu si Brown sebelum dia pergi keluar jalan-jalan dulu dengan kawan-kawan dia. Kami tawakal sahaja harap-harap si Brown tidak apa-apa. Tak lama dalam dua jam lepas itu, my sis kecik sms my mum beritahu mr brown sudah ditemui di rumah pakcik bela arnab sorry i lupa nama pakcik tu.. Surprise jugak macam mana si brown boleh sampai situ sebab rumah pakcik tu selang dua rumah dari rumah kami..uiishh nasib baik ko selamat Brown! Si Brown mungkin keluar semasa my dad buka pintu rumah lewat malam semalam yelah sedar tak sedar si Brown ini pun nak ambil juga angin malam..terrer betul ko brown.. Hari ini dua-dua rabbit ini kena perintah berkurung. pintu gate kena tutup malam ini ...tak boleh keluar sesuka hati lagi. Kena kasi disiplin sedikit..:p






Aksi Mr Brown nak memerut ..Ahaks!!