Sambungan alkisah kepada baju untuk "hari besar".. aku dah decide nak buat fesyen kurung moden supaya baju tersebut boleh dipakai lagi untuk event yang lain. Sayang oo kalu pakai sekali jer lepas tu terperuk dalam almari sampai kusam..oh ku tak rela, beli kain mahal-mahal pakai sekali jer!!
Planning asal nak survey tailor dekat KL tapi memandangkan kemalasan nak mengharung jem dan parking yang payah di situ better survey dekat dengan rumah jer dulu! Senang nak hantar dan ambik :)
Pusing punya pusing terjumpa satu kedai .. u ols nak tau namanya "Tailor Perfect". kalu nama cam gitu gah, mesti jahitan pun bagus.. aku membuat andaian!! lokasinya ditingkat 1 naik tangga dah jumpa kedai tu. nampak si tukang jahit agak sibuk dengan kerja-kerja jahitannya. si tukang jahit ingat aku nak jahit baju untuk raya, full dah tempahan katanya. Bukan, kami mahu jahit baju untuk "hari besar" kami. Bila ku tanya upah tempahan, wow terus macam nak bagi kain time tu jugak.. memang under budget..suka-suka!
Tetapi si tukang jahit tak syor hantar sekarang sebab takut ada pembesaran dan pengecilan saiz badan nanti kalu kena alter baju takut tak bp cantik lak. Kang aku kena menapak ke situ banyak kali..ish leceh-leceh, jadi sebaiknya tunggula lepas raya baru hantar balik, kasik peram itu kain dulu..sambil-sambil boleh survey lain kedai lagi.