Bos dah 2 hari pergi training, bukan bos aku jer semua bos-bos berpangkat manager keatas, .. tapi boleh jadi bosan bila office macam kena landa garuda, sunyi sepi jer.. yang ada bunyi papan kekunci dan bunyi aircond yang menyamankan, terus rasa mengantuk macam disuruh tido jer.... Ramai tiada di office waktu nie. Ada beberapa kerat sahaja. Kerat yang lain tak pasti dimana gerangan mereka berada. Di client site kah, meeting kah, atau cuti kah?? Aku pula sedang mencari encik mood kerana dihari jumaat, graf encik mood sedang menjunam jatuh ke paras sejuk beku. tengok jam aduh lambatnya nak balik lagi . Dah Dah mengomel kat sini jom sambung keje semula..:D