Pages

26.7.10

Jacob Walk of Life 2010

Kembali lagi buat kali yang 4 yang bertempat di FRIM Kepong. Gigih nak kena bangun awal di hujung minggu, korang mesti tengah buat tahi mata lagi kami dah melangut dengan sini pagi-pagi buta :p Minat punya pasal traffic jem di pagi hari sanggup ku redah. Jem sejauh 1 kilometer sepanjang jalan nak masuk ke sini..mana tak jalan nak masuk sini 1 lorong jer, kereta pun banyak hah ko nasib baik ada parking lagi dan tak perlu menapak jauh.


Perkara pertama kena buat adalah dapatkan t-shirt events yang semestinya berwarna kuning. dah kali ke 3 aku join yang berubah design jelah. colour tetap maintain almaklumlah warna corporate jacob kan! This year aku puji sistem serahan baju, bagi IC dan sebutkan code pengesahan yang dapat masa register di web site dia, staff Jacob akan check then bagi t-shirt. tahun-tahun sebelum nie nak kena sebut nama so lambat la nak cari kan. pakcik Rela pun jaga, sape tak beratur kena sound. wee padan muka.. bagus pakcik rela, anda jalankan tugas dengan baik.




Sebab perut kosong di pagi hari kena alas perut sebelum nak jalan, maka kaki melangkah ke booth itu :D untuk dapatkan breakfast percuma! Apalagi Biskut jacob dan susu Anlene. Tak puas 2 cawan sebab kecik. Tak pe lepas jalan kita terjah booth itu lagi.. Sedap minum susu sejuk.. selalu minum masa tengah suam lain pulak rasanya. kita minum dulu!!



Ok, jom kita berjalan mengelilingi FRIM. Dari yang kecik hingga besar, dari muda sampai ke tua, berhimpun berjalan bersama-sama. Fuhh meriah sangat. tengoklah betapa ramai manusia.. tiada pemenang pertama, kedua or ketiga.


Amoi nie menang 1st prize dressing pakaian satu 1Msia. ikut kreatif la nak buat macamana janji ada elemen satu msia. ada budak-budak panggil amoi nie " queen of malaysia". bawak pulang baucer and hamper u!!



Dah habis jalan, boleh redeem goodies bag dengan syarat pulangkan semula pelekat tag tu. tengok sepupu aku dok skodeng apa dalam beg kuning tu. ada biskut, air, buah kiwi, baucer diskaun dan sijil penyertaan. Oklah untuk seronok-seronok have fun on weekend. Tahun depan kita join lagi ye.


2 comments:

  1. fawa dah plan dah nak pegi. sekali terlupa. tgk tgk Walk of Life tu dah keluar berita dah. haishh. xpe xpe. next year mesti pegi. hee :D

    ReplyDelete
  2. every year ada punya. so next year jgn miss lagi k.

    ReplyDelete

My HeartBeat