Pages

20.7.11

Elak jadi mangsa strok haba

Sharing some info yang me receive dari email

Almaklumlah cuaca panas yang sedang melanda dunia kala nie.

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia sehingga boleh membawa maut akibat mengalami "strok haba" (1st time me dengar istilah nie) terutama kepada mereka yang menjalani kegiatan luar yang lebih terdedah kepada cuaca panas.


Risiko 10 Kali ganda bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun, kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah, penghidap asma, kencing manis, darah tinggi dan pesakit jantung



Gejala-gejala Strok Haba

Sakit kepala

Keletihan melampau

Lemah tumpuan

Pening

Lemah otot-otot @ kekejangan

Mual @ muntah-muntah

Dehidrasi



Cara-cara pencegahan (elakkan sebelum kena lebih baik)

1) Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga dahaga

2) Minum minuman isotonik kerana ia boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh

3) Hadkan aktiviti luar dan banyakkan berada di dalam rumah

4) Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan

5) Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar. Warna gelap seperti hitam akan menyerap haba dan kepanasan

6) Pakai topi atau payung yang besar


Elakkan daripada

1) Minuman kafein dan berakohol

2) Bersenam dalam panas


Petua jika mengalami masalah berkaitan SUHU PANAS

1) Cari perlindungan di kawasan yang redup apabila terdedah lama di dalam cuaca panas

2) Longgarkan pakaian yang dipakai untuk memberi ruang kepada angin

3) Letakkan kain yang basah pada badan untuk kurangkan kepanasan suhu panas

4) Minum banyak air

5) Dapatkan bantuan dihospital atau klinik jika keadaan masih tidak berubah atau serius