Gigihlah si adik beratur tapi hampa tiket sold out gitu padahal baru 1st day maka sebab nak menebus kesalahan UTAMA akibat kegagalan dapat tiket kerana bangun lewat dengan semangatnya kembali lagi ke stadium pada hari kedua seawal 8 pagi dengan harapan dapat beli tiket even tah orang keberapa ratus beratur tapi akhirnya gugur gak air mata si adik lelaki setelah 4 jam beratur dengan penuh kesabaran tapi tiket yang diharapkan telah habis dijual!! Nangis!!!
Tak mahu menyerah kalah si adik nekad lepak di stadium seawal jam 3.30 pagi tadi dengan harapan mesti dapat tiket punya, sampai cipta rekod jadi orang 1st mengadap kaunter tiket tapi again tiket dah HABIS… bad news sangat.. penat je mengerahkan badan ke sana.. tunggu-tunggu hasil nan ado….sedihnya dgr kan..meraung sekejap….huhuhu.
Si kakak frust tapi masih tak putus harap… cek di web yang offer jual tiket..gila mark up lebih sampai RM 100 paling kejam ada cekik darah sampai RM300 ratus .. hello bai ko nak untung pun janganlah tekan orang gila tinggi cam tu.. Pelik tul camne diaorang dibenarkan beli tiket sampai berpuluh-puluh tiket sorang.. FAM nie tak tak monitor ke aktiviti kurang sihat nie..tengoklah bersepahan ulat tiket nanti.
Kring kring handphone si kakak berbunyi tak semena-mena sikakak excited dan teruja tahap master. Rupanya salah seorang rakannya tak jadi nonton bola so tiket yang ada telah dioffer kepada si kakak hah akhirnya tiket itu menjadi milikmu. Kalau dah rezeki tak kemana kan..ni kisah benar yang terjadi kat rakan me yang gila bola..Alhamdullilah dapat gak beliau ke stadium malam nanti :)