Pages

7.7.11

Renungan Bersama

Bila kita memulakan sesuatu

Kadang-kala kita lupa meletakkan niat

Kadang-kala kita lupa baca bismillah

Sebab tu bila ada masalh kita cepat menyerah


Bila kita berniat

Kadang-kala kita lupa meletakkan niat

Kadang-kala kita tunggu sergah baru nak mengolah

Sebab tu bila kerja tak menjadi kita mula angkat kaki


Bila kita berusaha

Kadang-kala kita lupa hendak berdoa

Siang malam kerah tenaga dan masa

Sebab tu bila kerja tak sempurna

Kita cepat putus asa


Bila kita berniat, berusaha dan berdoa

Kadang-kala kita lupa untuk bertawakal pada Yang maha esa

Bertawakal pun pada bicara tapi dihati masih buta

Sebab tu bila dilanda masalah

Kita marah tak tentu hala


Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal

Kadang-kala kita tetap alpa

Nak sebut Alhamdullilah pun payah

Berdoa pun sekali sekala

Bersyukur pun sekejap cuma


Sebab tu bila kita berjaya

Allah datangkan ujian dan musibah

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha

Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah

Membenci diri memusuhi nadi


Sedangkan kita manusia ciptaan Allah

Bernafas di udara yang sama

Bila lemah Allah itu ada

Bila derita Allah itu bersana

Senang, susah, sedih, gembira

Allah takkan lupa pada langkah kita


Kerana itu

Pada masalah harus bersabar dan redha

Pada ujian harus tabah dan teguh

Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakal

Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakal


Credit to iLuvislam.com