Pages

27.7.11

We Love Satay

RESERVED!! 3 meja telah menjadi hakmilik we'alll.. Wow tak sabar nak makan besar di malam yang berbahagia ini lagi-lagi bila seorang sahabat nak belanja sahabat handai yang lain...murah rezekimu derr!



Muka nampak kool tapi perut tengah nyanyi lagu keroncong lapar.. lapar! Ahli majlis meja makan tak cukup lagi nie hati dengan perut sila belajar sabar hokeyyy. Kesian ada yang tersesat jalan almaklumlah first time datang sini.








Coming!! Coming!! Willy Satay !! The best satay in town... menduduki takhta utama dan menjadi sebutan ramai sekarang nie.. Kalau orang sekitar Kajang gerenti tau kefamousan satay yang very the gebu. Jari dah gatal nak tarik lidi-lidi satay yang terbaring kesedapan depan mata...hummmm.






Wajah kegirangan selepas perut menderita kelaparan ...senyum je sampai ke telinga sedap tak hengat jam berputar.







Pencapaian terbaik yang boleh dibanggakan untuk malam ini.. me surrender cukup lah setakat beberapa lidi tersebut yang isi nya telah hancur lumat dikunyah oleh si gigi.



Rakyat jelata yang masih lagi kelaparan selepas menyantap satay idaman. Tak insaf rupanya perut-perut mereka....Inilah bahana sorang cari makan yang lain dok terpengaruh dengan aroma makanan lepas tu sorang sorang dok order benda lain.








Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi ... Encik Ketenangan Jiwa.