Selepas sembahyang raya inilah benda wajib yang akan kami lakukan di pagi 1 shawal setiap tahun. Ikut giliran dari anak yang sulong, tengah hingga la ke bongsu masing-masing bersalaman dan bermaafan dengan emak dan abah yang kami sayangi.
Menantu sulung aka suami me sempat bersalaman dan bermaafan dengan mertua. Sebak dan syahdu lak me tengok sebab somi me lama dah tak merasa suasana begini setelah kematian kedua-dua ibubapanya...
Part yang dinanti tak lain tak bukan "Photo Time" dah pakai baju baru yang cantik-cantik ni tak bergambar kenangan rugi you...pakat riuh nak pose kat mana...hehehe
Lepas makan-makan, kitaorang bersiap balik kampung di Perak.. beg baju dah siap packing malam cuma check balik takut ada barang yang tertinggal. Dah siap semua, dalam pukul 11 pagi kitaorang semua gerak ke destinasi...seronoknya berhari raya dikampung.