Awal-awal pagi dah terpacak depan TV menonton sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia . Hamboi meriah sungguh dengan penglibatan hampir 16 ribu orang , sampai teringat pengalaman time sekolah sewaktu me dan rakan-rakan terlibat acara padang sempena hari kemerdekaan 1997.. Penat woo sebulan kitaorang praktis sampai kulit naik rentung dek berjemur bawah matahari tapi seronok sangat.
Ada yang pelik napa 16 sept CUTI. Nah baca sedikit SEJARAH Hari Malaysia.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Logo Hari Merdeka tahun 2011 dengan Tema
"1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
"1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
54 tahun kita merdeka...bersyukur, bangga, bertuah dilahirkan sebagai anak malaysia "Tanah Tumpahnya Darahku" Selamat Hari Malaysia Semoga kita sentiasa hidup aman dan damai. Bersih dari sebarang anasir yang tidak diingini.