Pages

Showing posts with label survey. Show all posts
Showing posts with label survey. Show all posts

30.12.14

Focus Group - Internet Home Fixed Broadband

Bukan kosong2 punya chit-chat tapi berbayar ye, kot2 la ada nak cari duit part time.. bolehlah join focus group discussion nie tapi make sure memenuhi syarat2 yang ditetapkan. Semuanya ada tertera kat bawah.
Payment by cash akan diperolehi sejurus selepas discussion tamat.....biasanya masa yang diambil untuk sesebuah discussion dalam 2-3jam jadi amat2lah berbaloi untuk join. Boleh layari website mereka atau call untuk info lanjut.


9.12.14

Cheque #5 | GlobalTestMarket

Jauh diterbangkan khas dari Canada sampai ke penerimanya di Malaysia...me ler tu..:p Bertukar tangan tah berapa kali la ye gamaknya.. Beribu2 jarak batu main office dia tapi tak kisahlah janji survey2 nie tak menipu. Boleh percayalah ada hasilnya.
Paling cikai setahun gerenti dapat redeem sekali dengan syarat survey kena buat, kalu tak mana points nak gerak. Even disqualified certain2 survey still dapat 5 points. Bolehlah skit2 sapa nak bagi kan..



9.6.14

Ganjaran RM100,000 menanti di Ensurvey

Uols yang dah lama tak bertegur sapa dengan Ensurvey, cepat2 terjah page diaorang sebab banyak ganjaran yang sedang bertebaran di sana. siapa cepat dia dapat la kan. ooopps bagi yang tak tahu apa Ensurvey mesti tertanya2 apa kebendalah nie?? Ensurvey adalah salah satu komuniti soal selidik yang memberi ganjaran dalam bentuk tunai atas setiap survey/polls yang uols jawab. Sape yang suka cari duit online boleh try2 join.

memang peluang terbaik satu polls bernilai rm 0.50sen....cukup RM100 dah boleh cash out. Setiap hari ada polls2 terbaru maka pandai2 lah rebut sementara masih ada..hehehe.

Awal2 skeptikal dengan Ensurvey sebab survey dia alahai macam tak banyak.. tapi lama2 ehh okeylah ada trend masa bila survey tu masyukk...janji up to date dengan email notification diaorang. So far dua kali dah cash out..yeayyy!!



4.6.14

Bukti Pembayaran Ipanel

Since 2011 me dah join Ipanel Malaysia dan me ada cerita kat sini. 4 tahun berlalu dan tetap setia dengan ipanel sebab ia bukan SCAM dan tak tipu pun.. once tebus mata, tunggu 3-4 hari untuk payment process zapp duit terus transfer ke paypal tapi convert to USD la.
ala2 duit poket tepi.. ciput lerr tapi duit gak kan, sambil2 mengadap FB....internet cuma spend beberapa minit untuk buat survey2 dalam ipanel nie..tgh boring boleh layan buat. Ada tips skit.. kena rajin tengok website Ipanel, selalu check sebab ipanel jarang hantar notification alert survey terbaru diaorang



30.9.13

Ensurvey Kaji Selidik AF2013

Bila tengok budak-budak muda yang baru nak up menyanyi...menari...beraksi di atas pentas dengan kelincahan tarian dan lenggok merdu suara tu memang laju kemain nak komen macam-macam....ishh idoklah kutuk sakan, pujian melambung pun ada..me kan baik hati...ala bagi sokongan moral dari jauh gitu...
Nak suruh jadi pengkritik macam sharifah amani tu, komen depan2 orang ramai memang tak sanggup me is surrender..ketar mulut nak oiii...tak sanggup la kena booooo dek orang lain.. seram hahhaha. Tapi kalau jadi pengkritik di belakang tabir me orait jerr. Gerenti tak segan atau malu. Me volunteer terus..hahhaa
Orang dah bagi peluang..kita grab terus, rugi sangat dibiarkan berlalu di depan mata. Dahlah boleh kritik, depa bagi lagi pulus RM RM RM..nak melahar ke nak lepas geram ke semuanya boleh dekat Ensurvey Kaji Selidik AF2013. tapi haruslah membina dan positif, kalau setakat nak jatuhkan semangat orang isshhh dislike dislike.
Selama Sepuluh Minggu uols diberi peluang untuk menjadi pengkritik yang berdedikasi, sekarang dah masuk minggu ketiga jauh lagi perjalanan tu. Dah tengok persembahan mereka semalam kan, apalagi cepat kritik sebelum terlepas peluang untuk minggu ini..muahahha.





7.6.13

Cheque #3 | GlobalTestMarket


yeayy... tu dia dah mai, cheque ketiga hasil tuaian survey....ermmm ciput jer pun amount nya tapi bolehlah untuk pergi berjimba-jimba dihujung minggu. So far me puashati dengan service "globaltestmarket", survey banyak...payment pun cepat.



7.11.12

Cheque #2 | GlobalTestMarket

It's coming!! Dah mai cheque yang me redeem dari GlobalTestMarket. Pantas gak diaorang process tak sampai 3 minggu dah sampai selamat tiba ke pangkuan penerimanya. Dari oversea you :p. Jauh betul perjalanan die.... Asal cecah 1000 points terus me tekan button REDEEM tak sabar kaedahnya..hehehe.



1000 points = 50 USD
Dah siap convert Ringgit Malaysia




13.10.12

Voucher Rewards #1 | MySurvey

Rewards yang dinanti-nantikan sudah diposkan ke rumah. Takdelah banyak mana pun tapi takat nak beli sehelai dua baju kat Jusco nun lepaslah kot...hehee.. Hasil tuaian me menjawab survey online, dah patut boleh redeem lama dah tapi saja peram lelama biar mata points dalam tu beranak pinak barulah syok nak soping. Ada dua pilihan voucher samaada KFC or Jusco so tepuk dada tanya selera :)


Voucher Jusco bernilai RM120


 MySurvey, salah satu panel online yang me join. Kalau minat dan rajin  tang survey-survey nie bolehlah sertai ye. Diaorang akan send invitation by email untuk setiap survey terbaru.





26.1.12

Cheque Pertama Hasil Ganjaran Jawab Survey

Alhamdullilah hampir sebulan me redeem akhirnya penantian itu berbaloi dengan kehadiran sekeping cek....excited gak..hehhe...me tak pernah promote kat orang sebab nak test dulu Globaltestmarket betul ke tak...kang berdentam-dentum cerita habuk pun tarak..camner???


Sebenarnya ambil masa gak nak redeem points (minimum 1000 points) sebab setiap survey yang dijawab akan dapat points sekitar 5-40 points bergantung kepada kelayakan....jenuh gak jika dikira-kira tapi pikir positif sudah......sikit-sikit lama-lama ada banyaknya kan :p..... Dapat invitation jawab...dapat invitation jawab dan akhirnya mekar senyuman dibibir melihat hasil yang bakal dituai...hehehehe








1000 points yang diredeem bersamaan USD 50 dan selepas diconvert maka dapatlah hasil seperti di atas..
Ok esok boleh pergi bank :p





30.11.11

Jawab Survey Dapat Voucher


Sampai je surat bercetak Cardas Research & Consulting Sdn Bhd dah boleh agak apa yang terkandung di dalamnya sebab dah kali ke 4 me menerima surat sebegini. Buka je dah boleh nampak Cash Voucher bernilai RM10 yang boleh digunakan di KFC, Ayamas waima Pizza Hut sekalipun. Mungkin bagi setengah orang apalah sangat nilainya tapi bagi me memang berbaloi-baloi sebab PERCUMA tanpa keluarkan apa-apa cost dan paling best VALID sampai Nov 2012.


Nak dapat invitation survey kena join member dulu barulah sebarang survey terbaru akan diinvite melalui email. Kebiasaannya survey yang diterima mudah dan tak ambil masa yang lama untuk dijawab. Jom skodeng ShoutBox dan jadi sebahagian dari panel member mereka dan seterusnya nikmati hasilnya :)




24.4.11

IPanelonline Survey

Bila mengetahui mengenail ipanelonline nie me terus tertarik nak mencuba. Jawab survey jer pun kerja mudah, dapat points kumpulkan dan tebus menjadi DUIT.. Survey yang ada pun memang sangat simple nak jawab dan yang paling best me dah dapat CASHOUT yang pertama. Oklah tak sampai sebulan pun dah leh redeem. Me dapat 3.33 USD. nampak sikit ek cuba kali dengan RM berapa leh dapat??




Nak join kena register jadi ahli dulu di IPanelonlie. Tapi kena pastikan u all memang suka jawab survey kalu tak baik lupakan ajer sebab nak dapat points kena rajin jawab survey.. hehehe




Yang pertama isikan butiran diri u all di REGISTER untuk pendaftaran ahli. Apabila button submit ditekan, email pengesahan akan dihantar ke email yang telah u all register tadi.





Sekiranya ada sebarang masalah pengesahan terus aje report pada mereka dengan clik pada menu "hubungi kami". Isikan sahaja form yang ada disitu dan tekan submit. Me pun ada problem lambat dapat email pengesahan masa register dulu.



Survey yang available untuk dijawab adalah berwarna biru. Kena rajin cek website nie sebab mereka jarang alert kan by email. Kalau menepati kriteria survey dapatlah points penuh tapi kalau tak layak still dapat jugak secoit points :D


Memang pemurah bab bagi points IPanelonline nie, dekat "survey ahli" pun banyak survey boleh buat dan banyak points boleh rebut. Senangkan



Mata points boleh diredeem bila-bila masa apabila points mencecah sesuatu nilai yang telah ditetapkan. Sebagai contoh 520 points = RM5, 1020 points = RM10. Tiada sekatan atau had limit nak simpan selagi nak banyak mana pun takde hal.


Payment akan dibuat melalui PAYPAL jadi bila dah terasa-rasa nak tebus duit haruslah create satu account. Tempoh pembayaran tak lama pun dalam seminggu ke dua minggu dah dapat duit. memang kena cuba nie. Sila register diri ke Ipanelonline ye :D



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!