Pages

3.4.14

Tips Bersihkan Peti Sejuk

1. Tutup suis plag peti sejuk dan cabut wayarnya terlebih dahulu apabila hendak mencucinya. Jangan membahayakan diri memulakan pembersihan semasa suis masih ‘on’. Anda mungkin akan terkena kejutan elektrik dan boleh membawa maut.
2. Lapik kain di bahagian bawah peti untuk mengelak cairan ais membasahi lantai.
3. Ataupun sediakan bekas yang sudah ada di bawah peti dan sentiasa membuang cairan dari peti agar ia tidak melimpah membasahi lantai.
4. Keluarkan bahan-bahan makanan dari peti ais di bahagian sejuk beku dan sejuk biasa.
5. Jika terdapat makanan seperti daging, ayam atau ikan, sediakan bekas yang berisi ais yang banyak dan penuh lalu ditutup sementara mencuci peti ais. Begitu juga pada aiskrim, simpan aiskrim dalam satu bekas yang berisi ais yang banyak agar ia selamat dari cair.
6. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang disimpan dalam suhu sejuk biasa, anda boleh juga menyimpan di dalam bekas berisi sedikit ais sementara mencuci peti ais.
7. Untuk minuman segera segar seperti susu segar, ia mungkin tidak boleh disimpan lama setelah dibiarkan lama dalam suhu bilik. Anda dinasihatkan menghabiskan minuman tersebut sebelum ia basi.
sekadar gambar hiasan

8. Buka peti ais di bahagian sejuk beku dan biarkan seketika supaya ais yang keras menjadi cair. Anda tidak perlu mencungkil ais dari peti atau menuang air panas.
9. Sementara menunggu ais melekat tadi cair, anda keluarkanlah rak lapisan demi lapisan atau bekas dari peti dan cuci dengan sabun terlebih dahulu serta bilaskan hingga kering.
10. Setelah kering, cuci dengan menggunakan berus lembut agar peti anda tidak tercalar. Gunakan berus dengan sabun agar tempat menyimpan peti lebih wangi daripada bau busuk dan kotoran sisa bahan makanan.
11. Setelah siap mencuci dengan sabun, lap di bahagian atas peti dahulu. Pastikan air tidak menitik ke bawah lagi dan mengganggu proses mencuci di bahagian bawah peti.
12. Lap pula bahagian bawah peti dan pastikan tiada kotoran dan habuk melekat di setiap sudut peti.
13. Masukkan semula rak atau bekas mengikut lapisan asal peti.
14. Suis ‘on’ semula peti tadi dan biar peti sejuk seketika sambil semua pintu ditutup.

credit Majalah Rasa


1 comment:

  1. nak cuci peti ais xdelah susah sgt tp nak buang bau yg kurg enak tu yg payah kan..

    ReplyDelete

My HeartBeat