Pages

17.9.14

Tetamu Kecil

Terkejut seisi rumah dibuatnya tatkala seekor sugar glider yang super comel nak memasuki rumah my mum. Kalut masing2 sebab tak berani nak pegang...grrr tak pasal2 kena cakaran nanti...nasiblah adik ipar me berani skit..pelan2 dia tangkap masukkan dalam bekas tapi buat sementara waktu jerr. Ada sessi pengecaman nak buat..
Dulu2 ada kes sugar glider lari dari rumah sini..puas tuan dia cari sana sini.. amboi binatang pun pandai bawak diri tau.. jangan memain..aihh tah apa yang dirajukkan tah!

Sepupu me.. sugar glider dialah yang tak balik2 rumah tu..kitaorang siap panggil dia datang nak suruh check sendiri...Kena hati2 handle sebab sugar glider nie nampak menganas... siap keluar bunyi nyaring macam terancam.

Baru nampak tenang.. Kitaorang syak nielah sugar glider yang dinamakan chika yang hilang setahun lepas.


Alolo comel kan... me minat tengok tapi tak minat bela ..hehee

rumah sugar glider.. senang nak bawa pergi travel mana2.
Akhir cerita, sugar glider sekarang dalam jagaan sepupu me.. tapi malangnya ia bukan chika yang hilang tu.. Bagi kitaorang macam sama jer takder beza pun..tapi tuan empunya binatang dia sendiri tau la camner binatang kesayangan dia.. buat jadi binatang angkat dulu kot2 ada pemilik sebenar cari tu kenalah pulangkan semula..


No comments:

Post a Comment

My HeartBeat