Pages

22.9.14

Lunch @ Texas Chicken

Kalau tak diwar2kan oleh member opis me Fiza, sampai kesudah tak jejak kaki kat Texas Chicken. La nie baru berkesempatan nak rasa Fast Food ala2 KFC gitu.. Outlet dia belum meluas satu Malaysia.. kat selangor pun baru ada 10 outlet, jadi tak ramai orang aware pun kewujudan Texas Chicken Malaysia..

Spicy Set yang ada 2 ketul ayam, biskut.. kentang putar, coslaw dan air..

Air isi sendiri dekat mesin..sebab nak kurangkan minuman air bergas, me pilih lemon tea..
lepas makan terus nak cari toilet aiyoohhh penangan lemon tea la nie..agak pekat la me rasa... perut i kan manja...cepat betul nak detox...huhuh

Masa weols datang lunch..boleh tahan crowd yang singgah makan sini...

Dapat ayam panas2 lagi..

yum2.. diaorg pun baru mencuba.. not bad katanya,.
Masih asing kat malaysia tapi Texas Chicken dah wujud tahun 1952 lagi...kat negara lain dah bersepah now sedang meluaskan empayarnya kat Malaysia pula... ada rasa tersendiri....tak dibayangi wajah uncle colonel @ KFC pun tatkala menghadap makanan dia.. nak locate branch dia boleh check Texas Chicken Malaysia


No comments:

Post a Comment

My HeartBeat