Pages

11.11.10

Serahan Wedding Card Batch Pertama

Finally wedding card aku siap pada hari isnin lepas seperti yang telah dijanjikan oleh vendor cuma bunting kena tunggu hari rabu. Tak sempat nak ambil semalam so next plan paling lambat before weekend. Cakap pasal card adalah sikit minor mistake tapi tutup mata jelah nak bising-bising pun benda dah jadi. Redha sahajalah.

Malam tadi bertungkus lumus menyiapkan card untuk dipos. Alamat aku dah print awal-awal cuma nak kena gunting dan gam pada envelope . Checklist receivers of course dah ready kat sebelah. Tick yang dah ready nak pos, rupanya aku ada terduplicate alamat pada satu card, nasib baik checklist ini membantu. Mostly ramai yang tak tahu dewan persandingan aku nanti padahal 15 min jer dari office. Tapi memang pun masa survey tempat nie pun berpusing dua tiga kali sebab agak tersorok, tak glamour betul dewan tu kan :o