Pages

29.11.11

Pulangkan Balik



Cissss dush..dush! Bashdigol sood punya penyangak. Memang jahat punya perangai. Berani menceroboh masuk ke dalam office dan curi computer kitaorang. Bayangkan punya la berani panjat belakang office sampai ke level 3 yang tahap ketinggian agak mengerikan gayatnya.......boleh lagi umpil tingkap then buat kerja terkutuk itu....2 monitor dan 2 CPU berjaya dikebas oleh sipenyangak tersebut. :|

Tak baik wehhhh buat cam gini sampai menyusahkan kitaorang nak buat kerja. Paling kesian kat officemate me yang terpaksa jadi "hantu tak bertuan" sementara menantikan laptop gantian. Kenalah menumpang kasih pada PC scanner yang kosong. Alohhh apa nak buat nasib badan. huhuhu. Nasib baik me dah lama pakai laptop , CPU bawah meja yang hilang walaupun cuma ada khazanah lama sedih gak rasa sebab CPU tu dah jadi bestfriend me hampir 3 tahun start dari mula masuk kerja sampai lah hilang.

Harapan nak dapat balik benda yang dicuri tu memanglah amat tipis cuma me berharap depa insaf la sebelum diinsafkan oleh penjara besi yang kebal. Kalau tak de kerja cari la, kerja bersepah weeiii kerja kat Kuala Lumpur ni.




No comments:

Post a Comment

My HeartBeat