Pages

4.10.12

Bidan Terjun

Scary dengar kawan opis jatuh motor pagi tadi semasa nak masuk kerja. . Dahlah member tu mengandung 4 bulan memanglah riso mendengarnya. Si husband dengarnya patah gigi depan tapi tak sure berapa batang, kaki pun ada cedera sikit. Tayar motor belakang pecah katanya, bayangkan camner terjatuh tu. Ada gak me try sms nak tanya perkembangan mereka tapi tak berbalas. Sibuk kot.

Sekarang kawan opis me kena admit di Sunway Medical Centre. Dr suruh rehat secukupnya dan alhamdullilah baby dia ok takde masalah ape. Yang penting hilangkan rasa trauma tu dulu. Ape pun me harap dia dapat recover semangat dia semula. Go go girl! InsyaAllah nanti boleh plan dengan member yang lain melawat dia dekat sana.

Ermm sementara dia bercuti, bos dah bagi arahan, me kena jadi bidan terjun cover kerja dia sekejap. Bukan semua kerja cuma tolong clear tang claim staff jer. Yelah kalu pending lelama kesian budak-budak lain nak cekau duit keluar site.  Me ok jer sebab pernah ada experience gerenti pening-pening lalat takde..hehehe

 

Tapi sebab kerja tu ada due date nak kejar.. masaklah ko nak start enjin balik ... chaiyuk chaiyuk!