Pagi nie ada monthly checkup dengan doktor. Kebiasaanya weols suka set time on weekend pagi sebab yang pertama hari cuti of course kereta kat jalan tak banyak so perjalanan tu lancar jer .... oohh bahagianya hidup tanpa perlu meredah jem. Kedua tak perlu tunggu giliran yang lama, biasalah penantian itu kan satu penyiksaan hehehe, dah dua kali datang checkup dua kali jadi orang pertama menghadap dr. Ketiga kitorang berdua tak yah ambil cuti so jimat dan boleh simpan cuti yang ada gitu.
Recommendation dari opismate, so far puashati dengan layanan staff dan consultation Dr Sabariah.
Dr tak masuk lagi on the way, kitaorang yang tunggu dr.....hebat tak :)
Dapat card nie sebab last month ada buat blood test so me tergolong dalam kumpulan darah B+. Jenis darah yang ala-ala kedekut sebab kumpulan darah lain tak boleh terima darah kitaorang tetapi B+ boleh menerima semua kumpulan darah lain tanpa masalah..bukan penderma yang baik la nie hehehe..... jangan jeles :p
Paling suka time scan sebab dapat tengok perkembangan baby dalam perut, ada je aksi yang dia nak tunjuk kat weols. Last month gaya kaki dia sebelah lurus sebelah bengkok macam gaya model pulok. Tadi nak tahu apa dia buat?? Baby weols dah pandai menepis, tah apa dimarah tak tahulah. Bila husband cakap "peace baby peace" dan dan dia nak buka genggaman jari.....ohhh sweet sangat tengok!! Tapi sayang husband terlupa nak record video...ishhh orang dah pesan awal-awal tapi boleh lupa bila ada call masuk time tu sabar jerlah...
Kena suntik kancing gigi.. masa masuk jarum tak sakit tapi bila saat jarum dikeluarkan pehhh penangannya memang sakit hokey!! Dr bagitau lenguh akan terasa 2-3 hari alamak siaplah....
Dr advise lebihkan pengambilan sayur hijam dan iron sebab me ada dikenalpasti ada simptom kurang darah. Breakfast tak boleh dilengah-lengah takut pitam. Lain-lain hal alhamdulillah semua takder masalah.
Next progress kita tengok macamana ye di bulan November :)