Pages

1.8.13

Aktiviti Phishing

Hati-hati bila menerima email dari bank atau pihak tertentu yang mengatakan account bank uols akan expired, then diaorang sertakan link untuk uols update personal info disana. Ermm jangan percaya bulat-bulat okey, ditakuti ini adalah activity phishing yang boleh menyebabkan uols bakal kehilangan wang dalam bank atau data peribadi digunakan oleh pihak-pihak yang tidak dikenali.. bahaya..bahaya.


Credit Antiphishing.my

Maybe ada yang blur apa kebendanya phishing?? satu cara mendapatkan maklumat peribadi pengguna-pengguna bank online seperti User ID, password, nombor akaun bank atau nombor kad kredit secara tidak sah. Maklumat ini kemudian akan dimanfaatkan oleh pihak penipu untuk mengakses akaun, melakukan penipuan kad kredit atau menggalakkan mangsa untuk melakukan pemindahan wang ke akaun tertentu dengan janji-janji seperti memenangi hadiah, pertandingan dan sebagainya

Bagaimana phishing dilakukan?
Teknik umum yang sering digunakan oleh penipu adalah sebagai berikut:
  • Penggunaan alamat e-mail palsu dan grafik untuk mengelirukan mangsa sehingga mangsa terpancing menerima kesahihan e-mail atau web sites. Agar nampak meyakinkan, pelaku juga seringkali memanfaatkan logo atau mark dagang milik lembaga rasmi, seperti; bank atau penerbit kad kredit. Pemalsuan ini dilakukan untuk memancing mangsa menyerahkan data pribadi, seperti; password, PIN dan nombor kad kredit
  • Membuat laman web palsu yang sama dengan laman web rasmi atau pelaku phishing mengirimkan e-mail yang mempunyai link ke laman web palsu tersebut.
  • Membuat hyperlink ke web-site palsu atau menyediakan borang yang diattachkan pada e-mail yang dikirim.
Credit UPNM