Pages

22.8.13

Tersepit

Tengah khusyuk melayankan demo sistem dalam bilik training, terdengar suara bising-bising kat belakang tingkap, bolayan kan ajer sebab weols tau mesti pekerja restoran belakang nie bergurau senda sesama diaorang.
Tapi makin lama macam memekik lak nada dia. pelik..takkan over nooo depa bergurau, sebab dah macam bunyi nak bergaduh..  apalagi kitaorang jadi mat skodeng jap terus terjah tingkap..ropenya mamat cina nie tengah marah-marah orang yang gatal pi ON kan suis exhaust fan tu.. takkan tak tahu orang tu tengah repair..alahai..

tak semena-mena kaki dia tersepit di celah fan yang tengah bergerak tu, aiyokkk mujur dia pantas bertindak kalu tak ishhh lagi teruk jadinya.. skeri tengok sampai terkoyak skit stokin yang dia pakai. Nampak la dia mengesat air mata menahan kesakitan., .lepas tu keluarkan rokok sambil menenangkan diri.. agak-agak dah reda baru dia sambung kerja...nasib baik bertinted..takdelah dia perasan ada yang memerhati di sebalik tingkap.. air muka kena jaga bro.



No comments:

Post a Comment

My HeartBeat