Sohih la nie pilihanraya semakin dekat bila date pendaftaran pemilih akan ditutup 31 Mac.....berkemungkinan besar bulan May atau Jun weeeee tak sabar nak pergi mengundi. Masuk aje umur 21 tahun dah layak mengundi tau so sesaper yang belum register cepat ambil peluang yang ada. alahhh sempat la dalam dua tiga lagi nie.. Karang terlepas tunggu lah lagi tahun tahun tahun tahunnn akan datang...hehehee.
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.
Pada masa sama, Abdul Aziz berkata, proses pendaftaran pemilih masih diteruskan melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) di mana proses pendaftaran dijalankan setiap hari, manakala proses semakan dan mewartakan daftar pemilih dijalankan setiap tiga bulan sekali.
Beliau berkata, tempoh untuk mendaftar sebagai pemilih sehingga proses mewartakan daftar pemilih mengambil masa kira-kira empat bulan setengah.
“Secara puratanya, SPR mengendalikan antara 200,000 hingga 250,000 permohonan pendaftaran baru dan pertukaran alamat pusat mengundi bagi setiap DPT ST,” katanya.
Sehingga DPT ST 4/2011 yang berakhir pada 31 Disember tahun lalu, Abdul Aziz berkata jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara ialah 12,595,268 orang, manakala 3,088,540 orang atau 19.7 peratus masih belum mendaftar sebagai pengundi. – BERNAMA
Kalau nak tahu banyak je tempat registration untuk semakan dan pendaftaran pemilih, segalanya boleh lihat di SPR...