Kalau ada yang invite makan, kecil tapak tangan cepat aje kaki melangkah. Bab-bab makan siapa nak tolak rezeki kan. Orang bujang pindah rumah, rakan-rakan lain yang untung sebab dapat makan sedap......
Standardlah kan bila dah bersua muka masing-masing ada macam-macam topik nak cerita dah tentu suasana jadi meriah dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Siap ada jadi bahan sasaran...hahaha..jangan marah kita seronok-seronok sahaja.

Haiwan ternakan tuan rumah yang paling disayangi. Kuat makan sampai montok badannya.
Dalam aquarium tu ada 2 ekor kura-kura. Kalau tengok memang geram dengan kejinakkannya. Tu pun sedang membesar bagai johan. Semangat you...
Nielah orang bujang yang me maksudkan kat tadi. Blogger pencen yang secara rasminya dah menjadi warga Putrajaya sejak Feb lalu. Aduhh tinggi melangit rumahnya tingkat 12.. scary nak pandang bawah setakat berani jeling-jeling kucing dari tepi tembok.
Terima kasihlah kat tuan rumah yang sudi mengopenkan pintu rumah untuk kitaorang semua. Alhamdullilah!! Jangan sudi jangan segan nak ajak lagi :p. Moga tuan rumah dimurahkan rezeki.. Amin.