Pages

15.3.12

Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia

Bayangkan apabila bangun pagi buka mata dan dapati segala-segala yang berada dihadapan dalam kedudukan terbalik.., bertukar posisi 180 darjah....huiishh biar betul harus pucat lesi muka dibuatnya kan.. macam tak logik kan boleh pulak main terbalik tapi actually dah ada konsep sebegini buat pertama kalinya di Malaysia.




Fuhhhh gempak tak gempak kaki berjalan diatas siling bumbung bukan lagi lantai rumah.. Terketar-ketar kot kaki tu nak melangkah. Rumah ini memang wujud tau boleh jumpa kat salah satu negeri kat Malaysia.. kat mana??? ha baca sampai habis ler..



Dengan berkeluasan 140 kaki persegi ia dilengkapi ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan dapur yang berkonsepkan tradisional. Semua barangan yang berada di dalam rumah memang diletakkan dalam kedudukan terbalik seperti menentang graviti. Gila scary macam ada barang nak hempap kepala lak rasanya..huhuhuh





Lihat rumahku unikkan.. Inilah pencetus idea Mr Alexander Yee yang telah melaburkan setengah juta ringgit semata-mata nak menyampaikan mesej alam sekitar melalui rumah yang dibina. Katanya “Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah).




Terletak di Kampung Bantayan-Telibong, Sabah sememangnya ia menantikan kehadiran pelawat-pelawat yang mengagumi keunikan rumah yang mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan. Kagumlah tengok hasil kerja diaorang..... baru dalam gambar kalau depan mata mau melopong mulut nie...heheheh.

Bayaran masuk bagi orang dewasa berharga RM18 dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun. Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10. Rasai sendiri pengalaman memasuki rumah terbalik barulah terbaik kan.



Jangan tak tahu rumah terbalik ada Facebook yang anda boleh ketahui berita-berita dan perkembangan mengenainya. So apalagi terjah la banyak lagi gambar-gambar kat situ..




No comments:

Post a Comment

My HeartBeat