Tak pernah dalam sejarah kawasan ini dilanda banjir sebegini teruk. Hot topic me satu family minggu lepas sebab kawasan rumah saudara me terlibat. Dikatakan air dari empangan terpaksa dilepaskan bagi mengelakkan risiko empangan pecah dan sungai kampar pun dah tak mampu nak tampung capacity air yang mendadak masuk maka air sungai melimpah keluar dan banjir pun berlaku.
Gambar-gambar semasa kejadian banjir berlaku yang di ambil oleh sepupu me, nie baru dapat tengok bila diupload ke FB malam tadi. Kesian gak tengok pada rumah yang kena banjir tu.. tapi mujur gak rumah saudara me, rumah jiran kiri kanan tak terkena apa-apa banjir cuma jiran depan dan belakang rumah dia habis dikelilingi air. Mesti banyak barang rosak tu..aduyaiii.
Me doakan semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi dan semoga mangsa banjir tempoh hari bertabah dan bersabar dengan dugaan tersebut.