Pages

20.4.12

Merpati Bikin Penempatan

Hahhh....Tah apa yang menariknya rumah makcik me sampai merpati dok suka berkerumun... Kalau datang melawat kawasan ala-ala YB berhormat tak apelah jugak ini dia bikin onar di sana.
Sudahlah datang tidak berjemput selamba aje buat macam tempat die ye...ishhh ini boleh mendatangkan marah.




Uishh tu dia... mana-mana ceruk rantau yang ada jadi tempat mereka melepaskan lelah dan hasil buangan.. memang jadi kotor la kan...issshh sape suka kan..
So makcik me terpaksa spend duit sikit pasang "Bird Spike" pada kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan merpati untuk elakkan burung-burung merpati nie datang menghimpit lagi.




Haaa hambik kau.. kat sini dah diwartakan sebagai kawasan larangan serta-merta. Nie antara favourite port merpati bertenggek memerhati panaroma alam :p








Kali ni memang tak kasi can punya...tiada ruang lagi buatmu untuk menempek di situ......rasakan muahahhaa




Auwww... nyilu lak tengok macam jarum yang tajam menikam gitu.


Benda-benda cam gini bukan nak menyeksa binatang ke atau tak berperikemanusiaan tapi nak prevent dari masalah yang lebih memeningkan kepala tuan rumah.. Kawasan rumah bersih dan tenang kan lebih megembirakan hati..tak gitu :)




No comments:

Post a Comment

My HeartBeat