Pages

30.4.12

The Avengers | Tak Best Mana Pun

Nak story pengalaman me tengok filem The Avengers. Aduyai mati-mati kena tipu dek member yang bagi tiket wayang nie kengkonon dapat makan minum percuma....boleh duduk seats yang berselimut empuk....sekali tak de pun....normal seats je pun. Makan minum ada tapi kena beratur, beli dan bayar sendiri ye.... citt tipah tertipu!!

Me and husband nonton di Cathy Cineplexes E@Curve tayangan pukul 9 malam tapi dekat pukul 10 malam baru boleh masuk panggung...fuuuhhh lewat sangat sampai terpaksa berpusu-pusu nak masuk... pastu melilau cari seat dalam gelap, giler tak buka lampu time kitaorang nak masuk... sebab open seat so duduk mana yang nak.

The Avengers adaptasi Marvel Comics yang menghimpunkan superhero iaitu Captain Amerika, Iron Man, Hulk dan Thor bersatu menentang Loki yang cuba menguasai bumi menggunakan kuasa kejahatan.

My comment - Cerita nie tidaklah sehebat seperti yang dicanang-dicanang orang. Terlalu banyak watak yang cuba difokuskan so kurang nak feel jalan ceritanya. Peranan Nick Furry sebagai master mind kepada team avengers nampak terlalu mudah..... Ingatkan Loki tu hebat sangat rupanya Hulk lagi terro.... alahai cara kalahkan pun senang sangat...main hempas-hempas je.....last-last nampak kelakar la jadinya.

Ada dialog yang melucukan tapi overal me rasa biasa-biasa ajer. Ending macam tergantung maybe ada sambungan lagi kot...entah kita tunggu dan lihat!! Pada yang nak pergi menonton movie The Avengers selamat menonton dan terhibur :)