Saja nak tengok apa yang bestnya hari himpuan jutaan belia 2012, kemain promosi besar-besaran. so kenalah tengok dengan mata kepala sendiri macam mana kemeriahannya.
Agak mengerunkan tapi mendengar bunyi derumannya sahaja seperti memanggil-manggil pengunjung mendekati lapangan drift.
Black Mustang in da house!!! Nak beli tak cukup duit so mampu tengok ajerlah :)
Terpesona menonton aksi kanak-kanak yang lincah mempersembahkan gaya tersendiri dalam memikat hati juri. Macam-macam gaya dibuat janji tak terbelit dek tali udah...
Kiri kanan depan belakang penuh dengan deretan booth. Bikin penat nak jalan sana sini... ada yang sewa basikal so senang nak gerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.. makan jam woo kalau nak tawaf satu kawasan
Walaupun kurus keding tapi adik nie memang power dengan roller bladesnya.. cukup berani dan bersahaja. Adalah dia jatuh 2 3 kali ish ish hati-hati ... kesian kaki kamu..
Kreatif la diaorang nie....rileks buat kerja walaupun menjadi tumpuan orang ramai... kalau me buat ribut taufan jadinya.. buta seni katakan..huhuhu.
Muay Thai competition pun ada... satu kawasan bau minyak urut..hehhe.. jiwa kental la mereka nie sakit tu kena dush sana dush sini...
Ini jerlah aktiviti yang sempat kitaorang jengah...kirim salam ajerlah nak jalan jauh lagi dengan keadaan yang panas terik... surrender terus.. time nie orang tak ramai lagi baru pukul 12 tengahari.... pujuk husband balik...tak boleh tak boleh mau pengsan tengah jalan karang..