Pages

8.5.12

Durian Runtuh Buat Peneroka

Tu dia ehhh senyum manjang nampak, sampai ke telinga tu.. aiii berita gembira kan mau tak sengih sokmo..... ada anak-anak di bandar dah roger mak bapak dekat kampung biasalah sambil-sambil tanya khabar tanya perkembangan semasa tak gitu :)


Najib umum 'durian runtuh' RM15,000 setiap keluarga peneroka
2012/05/08


JENGKA: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian "durian runtuh" sebanyak RM1.689 bilion kepada peneroka FELDA berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan.

Perdana Menteri berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua.

Beliau mengumumkan berita gembira itu di depan lebih 30,000 peneroka di padang FELDA Jengka 8, Pahang, sebentar tadi.