Tengahari tadi me and geng dalam perjalanan ke Subang Parade. Daripada terperap dekat opis ok gak habiskan waktu senggang di shopping kompleks.. Buat-buat cuci mata lagipun ada emak-emak orang nak beli baju buat anak terunanya dekat Mother Care.. Wow...ada SALES you. Berbaloi jugak harganya...
Sebelum nak sampai Subang Parade, masak rentung dalam kereta cuaca panas membahang tambah lagi jalan pack giler.. Kenderaan bersesak-sesak...pelik gak apsal jadi ini macam.. Makin lama makin dekat baru ketahuan rupanya ada accident berlaku kat depan traffic light.. Terjojol biji mata tengok keadaan kereta tersebut.... Dahla kereta mahal...huwaaaa.....
Dashyat ooo .. sampai terbalik dibuatnya.....Polis dah start control lalulintas sebab keadaan time tu memang jem teruk, biasalah orang malaysia prihatin dan excited nak tengok benda-benda cam nie.. Puncanya tak sure maybe terbabas sewaktu nak membelok... laju la kot.. Kesian gak pada driver kereta tu.. seorang wanita cina..
Harap wanita tersebut ok. Tadi nak balik opis lalu tempat sama, tengok kereta tu dah selamat dialihkan tapi kaca bersepahan dekat traffic light.
Hati-hati semasa memandu ye..Ingatlah orang yang tersayang