Pages

9.5.12

Kodak Bakal Berkubur?

Me membesar semasa Kodak berada pada zaman kegemilangannya.. time tu mana wujud lagi kamera-kamera digital. Tiap kali nak tangkap gambar cari kedai gambar beli filem almaklumlah dulu camera jenis berfilem manual.. ada filem baru boleh tangkap gambar.. stok-stok filem boleh pilih nak 12, 24, 36 maksudnya berapa banyak gambar boleh tangkap tak banyak kan tapi jenuh gak nak habiskan kekadang tu.

Dah puas tangkap gambar barulah boleh anta kedai gambar kasi cuci itu filem. Tunggulah sampai siap cuci baru hasil-hasil tangkapan dapat dilihat... time tu cantik ke, teruk ke atau macamana rupa pun dalam gambar tu kena redha ajerlah bukan boleh di delete pun kan.. no turning back..ahakzz.


Rupa roll filem kamera

Credit mforumcari





Dapat service notice dari KODAK. Aset company dah dijual pada shareholder baru.. Me baca mereka hampir muflis. Maybe peredaran masa dan perubahan teknologi antara faktor Kodak kurang competitive berbanding jenama-jenama pesaingnya....agak-agaknya apa nasib KODAK seterusnya ye..... Selamat tinggal KODAK :(