Pages

2.6.14

Sakit Telinga

Alkisahnya telinga kanan me dah dua tiga hari sakit.. nak tidur mengiring sebelah kanan pun cukup tak selesa.. seperti rasa berair dan berat dalam telinga. aduhh tak boleh tahan, cepat2 me google Klinik ENT (ear, nose &  throat) yang senang nk pergi dan banyak dapat review positif.
Boleh walk-in tak perlu appoinment bagai.. masa sampai tadi orang pun tak ramai so tak perlu tunggu lama2.
Tiba giliran dalam bilik terus cerita dengan doktor masalah telinga me..Bila Dr Esa teropong dalam telinga dapat tengok keadaan dalaman telinga sendiri...dalam hati ooo gini rupanya.. Doktor Esa siap explain rupa telinga yang okey dan nampaknya telinga kiri me dalam keadaan baik....lepas tu baru check belah kanan untuk compare if betul2 ada masalah.
Bila check2 alhamdullilah takde masalah besar pun cuma terwujud jerawat dalam telinga yang sedikit menganggu...boleh nampak kat skrin TV... huh lega bila dengar... Doktor sapu ubat dan dilarang mengorek telinga selama seminggu. Baik doktor no problem dan kena makan antibiotik.. tak kisahlah janji jerawat cepat surut..serius bikin stress...huhu...
..Kena charge dalam rm100.... very recommended untuk sape2 yang ada masalah2 yang berkaitan telinga, hidung dan tekak...Dr Esa nie lawak dan friendly sempat bersalam-salaman dengan husband me yang masuk meneman...

Waktu operasi Klinik Pakar Ent Esa ada terpapar di dalam card rawatan.

Klinik Pakar Ent Esa.
Address: No. 6E,, Jalan Sungai Chua, Taman Sri Saga, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Phone: +60 3-8733 5798


10 comments:

  1. mujur jerawat je.. semoga cepat sembuh kak..:)

    ReplyDelete
  2. Klinik ni masih di tempat yg sama ke sekarang?

    ReplyDelete
  3. cuba contact klinik tu sebab saya pun dah lama tak pergi.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum akak saya nak tanya waktu akak pergi klinik tu mcm mana doktor tengok dalam telinga akak? nanti ade camera masuk dalam pastu muncul kat skrin ke?

    ReplyDelete
  5. @anonymous - mula2 doktor akan tnya apa masalah. lepas tu baru check dalam telinga melalui camera. sejuk jer rasa masa camera lalu...hehe
    Ada screen TV boleh tengok camner rupa dalaman telinga, dalam keadaan baik atau tidak. jgn risau tak sakit pun. kena rileks jer..

    ReplyDelete
  6. saya sebulan sekali pergi ent esa.telinga 5 thn asyik berdesing saja

    ReplyDelete
  7. uii lamanya..macamana condition telinga sekarang dah okey ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada no klinik ke

      Delete
    2. @anony
      Address: No. 6E,, Jalan Sungai Chua, Taman Sri Saga, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
      Phone: +60 3-8733 5798

      Delete

My HeartBeat