Pages

24.3.10

Ais Batu ooo Ais Batu



Ada orang cakap ais batu tidak elok untuk kesihatan dan tidak baik untuk tubuh badan. Nanti badan jadi lemah dan dapat sengal-sengal tulang. Kesannya akan dirasa masa umur dah meningkat. Masa tu rasala kau penangannya..
Ada orang cakap lepas makan jangan minum ais nanti perut buncit sebab ais membekukan makanan berminyak yang baru dimakan. Penghadaman jadi lambat dan lemak pun akan terkumpul disitu..maka akan terjadila kesan-kesan seperti berikut...oh Tidak!!!



Ada orang cakap bila kita selalu kunyah ais nanti gigi boleh cepat rosak...cepat reput...silap-silap kena jumpa dentist nak kasi cabut dan bila gigi dah rongak mesti tak nampak cantik bila nak senyum kan kan.. Tapi budak dalam picture ni comel pulak..hehehe



Ada orang cakap jangan minum ais bila tengah batuk nanti lambat nak baik..silap-silap haribulan lagi la bertambah-tambah batukla nya..uhuk-uhuk..

Banyak betul kesan-kesan tak elok bila minum ais batu TETAPI nak melepaskan ais batu dari saluran tekak nie amatla sukar sekali. aih sungguh sukar..

No comments:

Post a Comment

My HeartBeat