Pages

25.3.10

Sarapan Pagi







Sedapnya menikmati sarapan pagi sebegini sebelum memulakan hari pagi..sebelum mula bekerja..sebelum mula bersekolah mahupun aktiviti-aktiviti lain..sarapan pagi adalah penting dan satu kemestian untuk kehidupan yang lebih berkualiti..Nyahkan segala alasan-alasan tidak sempat, tidak suka makan pagi atau takut sakit perut.Jika perut kamu tidak boleh makan sarapan pagi yang berat seperti nasi lemak, bihun atau mee cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin. Janji perut tidak dibiarkan kosong sehingga ke tengahari.Kalu perut kosong macam mana nak buat keje dengan baik. Tumpuan pun hilang dan fokus pun kurang. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian. Kajian juga menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik. Jika kamu selama ini tidak pernah makan sarapan pagi..ini la masanya untuk membiasakan diri makan sarapan pagi dengan jayanya. mulakan dengan kuantiti yang sedikit.Lama kelamaan perut kamu mesti berjaya menyesuaikan diri dan kamu akan lebih yakin dalam memulakan hari-hari baru.