Pages

31.3.10

Good Bye Ujie Rashid

Tak sangka begitu cepat masa berlalu, terasa seperti baru mengenali dia. Masih ku ingat pertama kali datang interview di sini...dia yang membuka pintu di depan. Lega rasa dihati apabila kehadiran aku sini diterima baik oleh dia dan Rozy... rupanya kami bertiga adalah sebaya.. Hampir tidak percaya kerana mereka begitu awet muda..kalu nak cakap belum kawin pun boleh! Selepas rozy mengubah haluan pekerjaannya, kami tinggal berdua meneruskan tugasan kami disini. Berbezanya dia sudah berubah jawatan dan tempat duduk..namun itu tidak menjauhkan hubungan persahabatan kami, tetap ada gossip bersama, tetap makan bersila beramai-ramai semasa lunch dan tetap berkongsi cerita.
Namun semua itu berakhir petang tadi kerana dia akan mengiringi langkahnya bersama kementerian kesihatan malaysia. Kerja dengan gomen la kiranya. Rezeki yang datang pada masa yang tidak disangka...Even dia dapat di Negeri Sembilan takpela langkah anda bermula di situ..Apa-apa all the best untuk
'Norfazila Abd Wahab" untuk kerjaya baru anda. Semoga lebih success dan lebih murah rezeki. InsyaAllah!!


Muka melangok dok tunggu KFC yang tak siap-siap lagi.. Ada air free lagi sejuk sikit hati kami (aku and uji) yang sedang dok tunggu order siap nie.. orang yang nak belanja kena pergi beli begitu sadis sekali..



Ha ambik ko sekali banyak kami beli uji yang belanja sebenarnya, aku tolong follow jer. Masa kat kaunter tadi kami dok pikir-pikir cukup ke tidak ayam nanti. Berlebih tak pe jangan kurangkan wahai tauke yang belanja. moga murah lagi rezekimu...










Time nie semua dah kenyang sekenyangnya..sukala tu makan besar ini hari..nak tunggu sapa yang nak belanja lepas nie..Terima kasih kepada Tauke Hari Ini Ujie yang belanja KFC dan GD yang belanja DOMINO..Yummy!!